ISKANDAR PUTERI: Sukan Bangsa Johor bakal diadakan di kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ogos ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata empat acara sukan akan dianjurkan iaitu sepak takraw, futsal, bola keranjang dan pertunjukan sukan kavadi.
Beliau berkata penganjuran Sukan Bangsa Johor bertujuan untuk merakyatkan sukan dan mempromosi gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat terutama golongan belia.
"Johan penganjuran bagi setiap sukan di peringkat DUN akan bertanding di peringkat negeri bagi mewakili DUN masing- masing.
"Kejohanan di peringkat negeri akan diadakan selama dua hari dan dalam masa yang sama karnival juga akan diadakan bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Penyelarasan Southern Volunteers Prihatin@ Johor Future 2023, di sini, semalam.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan melaksanakan Program Skuad Muda Southern Volunteers (SV) di peringkat sekolah dengan penglibatan 56 sekolah rintis di setiap DUN, bagi menggalakkan pelajar menjadi pelapis dalam bidang kesukarelawanan.
"Saya percaya dengan penglibatan serta kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan melancarkan lagi hasrat kerajaan untuk memperluas fungsi dan peranan SV hingga ke peringkat akar umbi," katanya.
Mohd Hairi berkata kerajaan negeri juga akan melaksanakan program SV Prihatin @ Johor Future 2023 bagi membaik pulih sebanyak 280 rumah golongan asnaf, warga emas, miskin dan ibu tunggal di 56 kawasan DUN.
"Pemilihan rumah ini adalah di bawah cadangan penyelaras DUN atau pejabat daerah serta SV daerah," katanya.
Beliau berkata antara pengisian program yang melibatkan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) belia, SV, komuniti serta pemimpin masyarakat setempat itu adalah dekorasi dan pembersihan kawasan rumah serta baik pulih kerosakan kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Mohd Hairi bercakap pada Mesyuarat Induk Penyelaras Southern Volunteers Prihatin @ Johor Future 2023 di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Iskandar Puteri, 31 Mei 2023. --fotoBERNAMA
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
PM desak AS henti salur senjata kepada Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Fahmi kesal tindakan ugut terhadap Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan individu yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh beserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Kenderaan sindiket ini yang membawa diesel disembunyikan di dalam tangki tambahan, dikesan berulang alik kira-kira lima kali sehari ke Thailand.
1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan menggalakkan orang ramai mengibarkan bendera selaras aspirasi '1 Rumah 1 Jalur Gemilang' (1R1JG).
Sukan Bangsa Johor diadakan di semua DUN Ogos ini
Empat acara sukan akan dianjurkan iaitu sepak takraw, futsal, bola keranjang dan pertunjukan sukan kavadi.